<$BlogRSDUrl$>

haiku bahasa Melayu proses menulis haiku berbahasa Melayu

Sunday, February 29, 2004

MUSIM DAUN MELURUH 

MUSIM DAUN MELURUH
Haiku Arisel Ba

Di ladang getah
Musim daun meluruh
Penoreh iba

22 Feb 2004
Desa Ajai
Raub, Pahang

SEBATANG POHON GETAH  

SEBATANG POHON GETAH
Haiku Arisel Ba

Terpandang megah
Sebatang pohon getah
Cemerlang jasa

21 Feb 2004
Desa Ajai,
Raub, Pahang

DI PINTU HIJRAH 

DI PINTU HIJRAH
: 1425 tahun hijrah Muhamad S.A.W
haiku Arisel Ba


di pintu hijrah
doa mohon barakah
gemilang hidup

21 Feb 2004
Desa Ajai,
Raub, Pahang

PELITA HATI 

PELITA HATI
Haiku Arisel Ba

Pelita hati
Tujuh petala langit
Nur Allah Rabbi

23 Feb 2004
Desa Ajai,
Raub, Pahang

Wednesday, February 18, 2004

IKAN KELAH DI RELAU 

IKAN KELAH DI RELAU
Haiku Arisel Ba

Loceng berbunyi
Ikan kelah di Relau
Berkumpul makan

18 Februari 2004
Kuantan, Pahang

Sunday, February 08, 2004

ANGGUR DI CAWAN 

ANGGUR DI CAWAN
Haiku Arisel Ba

Anggur di cawan
Tua tinggi nilainya
Rembulan pagi

8 Februari 2004
Kuantan, Pahang

AGENDA 2004 

AGENDA 2004
: Sempena Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia 100 hari
Haitik Arisel Ba


Orang cakap tak
Serupa bikin tidak
Bersama saya

Agenda baru
Etika kerja baik
Makmur negara

8 Februari 2004
Kuantan, Pahang

Tuesday, February 03, 2004

SI MERBAH KUNYIT 

SI MERBAH KUNYIT
Haiku Arisel Ba

Si merbah kunyit
Kicau pagi dan petang
Desa wawasan

23 Januari 2004
Desa Ajai, Dong
Raub, Pahang

DI TANAH INI 

DI TANAH INI
Haiku Arisel Ba

Di tanah ini
Kutanam mangga, pisang
Nanti berbuah

24 Januari 2004
Desa Ajai, Dong,
Raub Pahang

This page is powered by Blogger. Isn't yours?