<$BlogRSDUrl$>

haiku bahasa Melayu proses menulis haiku berbahasa Melayu

Saturday, July 19, 2003

KALAU BERCINTA LAGI 

KALAU BERCINTA LAGI
Haiku arisel ba


Luka menghiris
Kalau bercinta lagi
Pagi nan segar

Diranah hati
Lembut lidah kelumu
Menyebut makna

Langkah menjejak
Usahlah kaucemburu
Cinta menyala


18 Julai 2003
Raub, Pahang

Tuesday, July 15, 2003

LUBUK KATAK, BERMAIN ANGIN , DI PUNCAK GENTING 

DI LUBUK KATAK
Arisel ba

Di Lubuk Katak
Patin muncung mengalah
Jeram menongkah


30 Jun 2003
Kg Pagi,
Hulu Tembeling


BERMAIN ANGIN
Arisel ba

Malam di genting
Arak, judi, wanita
Bermain angin


3 Julai 2003
Genting Highlands



PAGI DI PUNCAK GENTING
Arisel ba

Embun membening
Pagi dipuncak genting
Nganga kasino

4 Julai 2003
Hotel Seri Malaysia
Bandar Goh Tong
Genting Highlands.

Tuesday, July 08, 2003

BUAI LAJU 

BUAI LAJU-LAJU 1
arisel ba

buai melaju
duda berbini baru
lesap ke atap

27 November 2002

BUAI LAJU-LAJU 2
arisel ba

buai ke atap
ayah berbini baru
lajang melesap

11 Mei 2003
Kuantan

This page is powered by Blogger. Isn't yours?